BAHAYA: Tabiat Membuang Masa!

12:57 AM, Posted by Bluebiz Network, No Comment

Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung kepada kita untuk melayarinya". Setiap insan mempunyai jumlahwaktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukankejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam sehari nya.

Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai"proscastinantion" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kitauntuk mencapai kejayaan menurun.
Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buangmasa ini:

MATLAMAT DIKECILKAN
Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja ituterlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalubesar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasiuntuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amatbesar dan tidak kesampaian!
Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besaritu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecahkepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan

TINGKATKAN KEKUATAN TENAGA
Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dantubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.

Sebab ini adlaah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kiraberapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidakmampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.

Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahapproduktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu punsekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanyamelelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, iaakan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktifpada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahajaoleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masatidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.

Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatantidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenamsetiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selangbeberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahananbadan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaandisadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkandnegan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka dibarat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.

Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasasihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktivitikerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yangsememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!

SUARA POSITIF
Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kitamasukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negativeseperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannyadengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkankerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.

Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akanmemudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya, masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.

Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira olehkerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kitagembira!

Mereka yang optimis akan...- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa keadaan sekali pun- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima dengan hati terbuka- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya memperbesarkan suatu masalah.

Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Merekasering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!

PRINSIP 80-20
Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalamsetiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!

Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasildaripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti andaakan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaatanda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategibagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudahbersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasantersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda datamenyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam... atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yangbenar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerjatersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepadakerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perluhiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang samaiaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perludiambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasanyang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepaskesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasanasal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan andasudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkatsemula.
Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengankecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!

Hasil nukilan: Nor Miswary Ramli