Wrong Mateial Person = Total Loss Person

1:01 AM, Posted by Bluebiz Network, No Comment

Semalam 12/10/09 merupakan hari terakhir saya berstatus makan gaji. Sejak saya menyertai bisnes e-dagang 2 bulan yang lalu banyak perkara yang saya belajar. Setiap kali berjumpa prospek saya dapati banyak alasan yang diberikan walaupun mereka tahu bisnes ini dapat merubah kehidupan mereka. Antara alasan yang diberi:-
  1. " Aku tau bisnes ni bagus tapi aku belum dapat buat keputusan lagi, nak kena study pelan dan produk yang ada. Kau bagilah aku masa...'
  2. "Aku tak konfiden la boleh buat, contact aku pun tak banyak dalam hp. Kawan-kawan aku ni aku tak rasa diaorang minat...semua bukannya ada duit.'
  3. 'Aku tak tau nak korek duit kat mana, aku baru buat loan...saving pun xda aku nak kena setel hal-hal ni dulu baru boleh join ko...'
  4. "Hmm aku nak kena bincang ngan bini aku dulu....yela benda-benda libatkan duit ni ko tau la kena bincang dulu..."
  5. "Bagusla bisnes ni...kalau aku tak masuk tapi aku kenalkan kawan-kawan aku kat ko boleh tak? Mungkin diaorang berminat..."
  6. "Benda ni bagus tapi boleh ke aku cari orang? Camna kalau aku cerita orang tak minat?.."
  7. "Kalau aku join tapi tak ada orang masuk bawah aku, aku dapat income jugak ker? Ishh naya aku nanti..."
  8. "Sori la, buat masa ni kita orang tengah sengkek, fikiran berserabut, insyaallah kalau boleh pun aku join pakej yang paling murah, itu pun bukan masa yang terdekat ni.."
  9. "Hang buat dulu, kalau hang dah jadi kaya baru aku join hang..."
  10. "Takpalah Mie biarlah aku buat bisnes aku ni, biar lambat lama-lama kaya.."

So, itulah alasan yang diberikan oleh mereka yang masih belum nampak peluang yang ada. Ada jugak prospek saya yang dah bayar pendahuluan sebagai tanda jadi tapi masih lagi bertangguh dengan beri alasan-alasan di atas...yang ni lagilah haru-biru. Dah masuk sebelah kaki tapi dok jadi bengong tak tentu hala. Kepada semua rakan niaga dan bakal rakan niaga saya inilah asam garam yang kita kita kena lalui...so bersabarlah. Biarkan "si luncai dengan labu-labunya, makan lah labu tu hari-hari sampai kembong perut."

Bak kata leader saya mereka ni dah kira kategori "wrong material". So tak payah la dok pulun kejar mereka-mereka ni.Tapi bagi saya mereka ni dah kira "Total Loss". Doakan agar mereka akan jadi jutawan dengan alasan-alasan mereka.

BAHAYA: Tabiat Membuang Masa!

12:57 AM, Posted by Bluebiz Network, No Comment

Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung kepada kita untuk melayarinya". Setiap insan mempunyai jumlahwaktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukankejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam sehari nya.

Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai"proscastinantion" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kitauntuk mencapai kejayaan menurun.
Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buangmasa ini:

MATLAMAT DIKECILKAN
Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja ituterlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalubesar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasiuntuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amatbesar dan tidak kesampaian!
Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besaritu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecahkepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan

TINGKATKAN KEKUATAN TENAGA
Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dantubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.

Sebab ini adlaah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kiraberapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidakmampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.

Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahapproduktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu punsekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanyamelelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, iaakan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktifpada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahajaoleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masatidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.

Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatantidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenamsetiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selangbeberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahananbadan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaandisadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkandnegan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka dibarat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.

Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasasihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktivitikerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yangsememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!

SUARA POSITIF
Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kitamasukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negativeseperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannyadengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkankerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.

Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akanmemudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya, masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.

Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira olehkerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kitagembira!

Mereka yang optimis akan...- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa keadaan sekali pun- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima dengan hati terbuka- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya memperbesarkan suatu masalah.

Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Merekasering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!

PRINSIP 80-20
Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalamsetiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!

Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasildaripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti andaakan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaatanda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategibagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudahbersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasantersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda datamenyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam... atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yangbenar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerjatersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepadakerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perluhiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang samaiaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perludiambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasanyang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepaskesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasanasal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan andasudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkatsemula.
Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengankecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!

Hasil nukilan: Nor Miswary Ramli

Merperbaiki Diri

12:54 AM, Posted by Bluebiz Network, No Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hampir dua minggu saya tidak update sebarang artikel di dalam blog saya. Maklumlah buat dua kerja dalam satu masa memang agak penat sikit. Siang bekerja makan gaji, malam pulak attend program network business di Center 606 USJ 3.

Bagi saya program yang dijalankan di centre 606 banyak memberikan imput yang berguna kepada saya. Kisah kejayaan mereka yang berjaya memberi semangat kepada saya untuk berkerja dengan lebih kuat. Tips dan panduan yg diberikan amat berguna di dalam menjalankan bisnes ini.

Bagi mereka yang baru menyertai perniagaan ini saya sarankan agar anda sentiasa hadir di dalam program yang dianjurkan oleh HQ dan centre anda.

Jadikannya aktiviti wajib, sekurang-kurangnya dapat improve skill dan menaikkan semangat anda.Bagi saya untuk berjaya di dalam bisnes ini tiga aspek ini perlu ada di dalam diri kita. Antaranya:-
1. Buku yang kita baca
2. Seminar atau talk yang kita join
3. Dengan siapa kita berkawan
Tiga perkara diatas jika kita praktikkan percayalah ,kejayaan pasti di tangan kita.

Family

12:48 AM, Posted by Bluebiz Network, No Comment

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Kenapa kita perlu balik kerja awal?

12:37 AM, Posted by Bluebiz Network, No Comment

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan. "Oh maafkan saya, saya tak perasan" Katanya. "Maafkan saya juga. Saya tak nampak saudara" Kami amat bersopan dan saling menghormati. Kami saling melambai sambil berlalu pergi.

Tetapi di rumah lain pula ceritanya. Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda. Lewat petang, tika memasak makan malam, anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam.

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh. Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh." Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku.Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku.

Sedangku berbaring di katil mendengar musik.Terdengar suara halus datang membisik. "Bila bersama orang tak dikenali, Begitu bersopan dan merendah diri. Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci. Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur. Kan kau temui bunga-bungaan berterabur".

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu. Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu. Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu. Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu", Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali. Airmataku mencurah ibarat air di kali.

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil, "Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil. Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak? Dia tersenyum. "Adik terjumpanya belakang rumah di semak. Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang unggu."

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini. Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini.

Katanya."Oh, ibu, itu tak mengapa, Saya tetap sayang ibu melebihi segala.

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu.

Masa untuk berubah

12:36 AM, Posted by Bluebiz Network, No Comment

“Orang bodoh akan nampak cerdik kalau ada duit. Tapi orang cerdik akan nampak bodoh kalau xde duit! Kita tak boleh tentukan macam mana kita akan mati. Tapi kita boleh tentukan macam mana kita nak hidup. Ramai orang percaya dengan berniaga mereka boleh kaya raya. Tapi mereka tidak pernah bersungguh-sungguh melakukannya. Kalau 30 minit anda terlalu berharga untuk mengetahui bagaimana anda boleh buat duit hari-hari dalam bisnes ni, lupakan…Kalau ada impian kenapa terus berangan saja. Tunaikannya! Jangan takut gagal bila mencuba, takutlah bila anda tak pernah mencuba kerana takut gagal. Orang berjaya melihat peluang dan terus bertindak. Manakala orang gagal melihat peluang dan tidak berbuat apa-apa.” - http://syazhadnetwork.blogspot.com/

DI MANA ANDA SEKARANG…..?

12:33 AM, Posted by Bluebiz Network, No Comment

Di mana anda sekarang…..?
Masih lagi xtau macam mana nak majukan ekonomi diri sendiri dan keluarga?
Mendapat pekerjaan yang lebih baik dari sekarang?
Mempunyai banyak masa dengan keluarga?
Bebas dari masalah kewangan?
Mempunyai pernioagaan sendiri?
Ishhhh rasa-rasanya suma tu tak tercapai lagi…

Setiap kali saya berjumpa dengan prospek dan kawan-kawan apabila diajukan soalan diatas mulala berkerut dahi…tak tau nak jawab apa….tapi bila ditanya apa yang anda akan buat kalau ada banyak wang hmmmm mulala keluar segala idea-idea yang bernas. Memang la nak perabiskan duit yg ada tu mudah tapi nak mencarinya seksa.

Pernah tak anda terpikir nak memajukan ekonomi diri sendiri dan keluarga? Masih lagi bergantung pada makan gaji? Ada terpikir ke jalan keluar? Saya percaya ramai diantara kita bukanlah dari keluarga yang kaya maupun kerabat diraja…tapi xnak ker ubah nasib keluarga anda sendiri? Tak payah cakap nak tolong bangsa sendiri kalau diri sendiri terkapai-kapai.

Saya sekarang bekerja di sebuah syarikat pemaju yang mempunyai rekod kewangan yang sangat baik disamping track record company yang sangat cemerlang…Hanya 15% bangsa Melayu yang bekerja di sini itupun bukanlah jawatan top management…walaupun kebajikan disini agak baik berbanding kompeni-kompeni lain tapi peratusan bangsa Melayu yang bekerja disini agak rendah dan jawatan yang dipegang hanyalah peringkat sokongan.

Masuk kompeni ni dah enam kompeni yang saya kerja….tapi makan gaji bukanlah benda yang saya suka buat. Setiap hari saya mesti berfikir nak buat kerja sendiri tanpa tekanan dari majikan. Sebab itu saya buat keputusan join bisnes ni. Tiada siapa dapat ubah kehidupan kita selain diri kita sendiri. Dah sampai masa saya berubah so macam mana dengan anda? Kalau anda mempunyai hasrat yang sama seperti saya marilah sertai SYAZHAD NETWORK.

ALAHAI....DILEMA MAKAN GAJI

12:27 AM, Posted by Bluebiz Network, No Comment

Saya mula ambik tahu tentang e-network bisnes sejak penghujung tahun 2007 bila rakan lama saya sewaktu belajar dulu Normiswary approach saya join bisnes ni. Saya masih ingat kami selalu jugak jumpa walaupun hanya untuk berbual kosong. Setiap kali jumpa saya mesti akan bertanyakan kemajuan yang dia capai.

Bila dia tunjuk income statement dia dah capai RM lima angka sebulan saya mula tertanya-tanya camna dia boleh berjaya? Setelah hampir setahun setengah,pikir punya pikir akhirnya saya buat keputusan join bisnes ni. Lama jugak saya ambik masa kerana saya still tak yakin pada keberkesanan sistem perniagaan ni disamping banyak komen negative yang diberikan di dalam blog-blog individu yang gagal dalam bisnes mereka (Bisnes E-network).

Namun setelah dikaji saya dapati punca utama mereka gagal disebabkan MAHU CEPAT KAYA TANPA MEMBUAT APA-APA USAHA DISAMPING TIDAK BERSATU BERSAMA AHLI KUMPULAN, senang cerita SYOK SENDIRI. Tapi bila tengok sendiri rakan saya yang berjaya dalam bidang ni dan dapat income lima angka saya rasa saya perlu join bisnes ni maklumlah SAMPAI BILA LA NAK MAKAN GAJI?

Kenapa saya join bisnes ni selepas setahun setengah berfikir dan buat keputusan? Dah tentu ada, antaranya:-

1. Makan gaji bukan benda yang saya suka buat.

2. Terpaksa lalui rutin yang sama setiap hari. Pagi berkejar pergi kerja, sangkut kat traffic jam, masuk meeting pagi dengar bos membebel, dapat surat saman (daily task dari bos ler), berkejar pegi rehat satu jam, siapkan keje bos, masuk meeting berjam-jam, balik lewat dari time sebenar (biasala nak maintain performance atau terpaksa siapkan keje), abis keje berkejar balik rumah, layan traffic jam pastu bila sampai rumah ‘pengsan’.

3. Kerja hari-hari gaji hujung bulan baru dapat, pastu kelam kabut pegi bayar hutang last-last balance yang ada cukup-cukup untuk belanja harian, terpaksa berhutang atau buat plan kalau nak beli apa-apa barang yang kita minat. Kenala tunggu gaji bulan depan.

4. Kalau dah makan gaji, masa yang ada untuk family hanya hujung minggu, tu pun kalau tak dipanggil kerja atau ada special task. Tau-tau sibuk sangat bekerja anak pun dah besar.

5. Bisnes ni bagi saya lagi kuat kita berusaha lagi banyak yang kita akan dapat. Memangla duit bukan segala-galanya tapi kalau dah tak cukup langsung memangla bala. Saya percaya kalau kita yakin pada konsep bisnes ni, ia tentu akan mengubah hidup kita dan keluarga. Mungkin wang yang kita dapat boleh dijadikan capital untuk buat bisnes lain.

6. Kalau taknak makan gaji alternative lain adalah berniaga sendiri. Banyak sangat ke modal yang kita ada? Gaji yang ada pun tak dapat menyimpan. Mana nak cari sumber modal kalau kita bukan dari keluarga yang kaya raya atau dah ada bisnes lain yang berjaya? Mampukah kita membeli kedai di kawasan strategic yang berharga berjuta-juta? Ada ke rakan kongsi yang berminat join bisnes kita kalau dia tau modal kita tak seberapa? Anda jawablah sendiri.

So, apa yang perlu kita buat sekarang? Masih nak makan gaji dan tengok orang lain berjaya? Tak nak ker ada banyak masa bersama keluarga, bebas dari bebanan hutang, mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan bebas dari tekanan kerja? Kalau nak marilah sertai Shazhad Network hari ini dan KITA BINA EMPAYAR KITA SENDIRI. Timbang-timbangkan lah.